"Aaaargh....malas la nak kerja rini, malaslah pegi kuliah rini, malas la nak buat, malas la tu, malas la ni...." tu salah satu ayat yang aku guna bila 'time' de 'mood'..Hahaha...x tau la kalau korang macam mane..bercakap tentang malas ni kan. Nak tanya la sikit..sape yang tak pernah berasa malas dalam sehari..haha. Jawab-jawab.. mesti ada punya klu tak banyak sikit pun ada. Betul tak. Disebabkan rasa malas yang makin menjadi dalam diri aku sekarang ni. 'So' aku google la punca malas dan bagaimana cara mengatasinya. Hasil dari pencarian aku tu terjumpa 'entry' pasal malas ni. korang baca la sendiri ye. Hehe.
'Adios'....
kredit foto: http://i-malaysiakini.com/ |
Anda seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa
dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan
tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon
yang lebih luas.
Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau
sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu
mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau
melibatkan hormon.
Malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu
aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar
bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk
mengenal pasti apa yang perlu diutamakan. Dalam konteks kesihatan pekerjaan, malas
diistilahkan sebagai kurang produktiviti.
Subjektif
Malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada
perspektif individu. Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan
dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh
yang sama, dia mungkin dianggap malas.
Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya
sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan 5 kerja dalam seminggu.
Punca Malas
Daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam 2 keadaan
iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana
kesan sampingan ubat-ubatan.
1. Kekurangan Hormon Tiroid
Memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada
sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon
tiroid.
Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu,
maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat
memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti
metabolisme badan menjadi perlahan.
Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak
di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Hormon tiroid
berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin
seperti ikan.
Penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat
ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan
kembali paras hormon tiroid dalam diri.
2. Kesan Ubat-ubatan
Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan
ubat juga boleh membawa kepada rasa malas. Kurang daripada 5% pengambil sejenis
ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti
kelembapan mental dan fizikal.
3. Faktor Sekeliling
Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.
Contohnya, seseorang pekerja itu dilihat seperti malas tapi
sebenarnya bukan malas. Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui
kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja.
Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan.
Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas.
Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu
dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan. Seorang itu menjadi
pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang
dikehendaki tersedia untuknya.
Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia
dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.
3. Suka Bertangguh
Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga
menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.
Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati
20 hingga 25% daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh
berbanding hanya 5% pada tahun 1978.
Dua Kategori Malas
Terdapat 2 kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu
dan malas pada melakukan banyak perkara.
Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi
di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku? Ia
mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan
pendedahan atau pengetahuan.
Mengatasi Malas
Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan
mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.
Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin
mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang
kerja yang perlu dilakukan. Interaksi yang wujud antara bos dan para pekerja
mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti.
Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk
menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah
menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.
Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu
sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi
bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus.
Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang
baik, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi
paksaan.
Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan.
Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat
tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?
Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat.
Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur 7 tahun. Jika
pada umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila
mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka
membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat.
No comments:
Post a Comment