Monday 7 September 2015

Coklat Makanan Kegemaranku!!!


Asal-usul coklat

Saya pasti ramai antara kita yang suka makan coklat (termasuk saya sendiri). Ha! Makan-makan juga tetapi pernahkah kita terfikir bila coklat ini ditemui, pernah tak? hihi. Klu pernah terfikir dan dah tahu tu takpela kan tapi bagi yang tak pernah terfikir tu anda bertuah sebab pada hari ini saya akan kongsikan serba sedikit asal-usul coklat ini. Harap bermanfaat.



Okey lets begin our journey, mengikut apa yang saya baca ni, coklat asalnya bermula di Mesoamerica. Aik, kat mana tu? Kalau nak tau kat mana tu klik disini. Pokok koko atau nama saintifiknya "Theobroma cacao" tergolong dari keluarga "Sterculiaceae" ataupun dalam bahasa Yunani bermaksud makanan para dewa. Biji dari buah pokok koko diambil untuk di buat coklat dan minuman koko. 



Coklat ditemui bermula pada tahum 1900sm sebagai minuman coklat oleh kaum Mokaya dan kaum Olmec. Pada asalnya minuman coklat adalah pahit ianya juga berbuih, di campur dengan rempah, wain ataupun puri jagung. Peminum coklat pada masa itu juga dipercayai mempunyai "Aphrodisiac power" selain mendapat kekuatan. 



Manfaat coklat


1. Antioksidan yang tinggi
Walaupun rasa coklat manis dan lazat namun sebenarnya ianya mengandungi antioksidan (fenol dan flavonoid) yang tinggi. Kandungan antioksidan itu diketahui lebih tinggi dari teh hijau yang selama ini dianggap sebagai sumber minuman antioksidan.

2. mencegah dan melawan kanser (klik sini

3. Menghilangkan stress
Bagi yang selalu mengalami stress makanlah coklat kerana coklat mengandungi molekul psikoaktif yang menyebabkan seseorang itu merasa tenang. Hal ini terjadi kerana coklat mengandungi "caffeine, theobromine, methly-xanthine dan phenylethylalanine" yang dapat membaiki "mood" seseorang.

4. Menurunkan tekanan darah
Tahukah anda bahawa antara penyebab tekanan darah tinggi adalah disebabkan stress. Amalkanlah memakan coklat kerana coklat boleh mengurangkan stress. (peringatan: makan dalam kuantiti yang sikit, takut gemuk. Kehkehkeh).
  
5. Mencantikkan wajah
Kandungan dalam coklat seperti antioksidan dan katekin  dapat mencegah penuaan awal. Pencegahan ini dapat menjadikan kulit awet muda dan kekal cantik.



Coklat yang paling sihat dimakan (sumber:klik sini


1. "Dark chocolate/ Plain Chocolate/ Black chocolate" (Coklat asli)
Dark chocolate memiliki kandungan biji coklat (Kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kaoko. Ianya juga tidak mengandungi gula yang banyak dan tanpa lemak tepu atau sayur terhidrogenasi (HVO).





2. "White chocolate" (Coklat putih)
Coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanilla. Knadungan gula inilah yang dapat memeberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diebetes.




3. "Milk Chocolate" (Coklat susu)
Coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.










Tidak elok tentang coklat


Kesilapan yang sering kita lakukan ialah memebeli coklat yang berharga murah. Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan koko (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat ini juga memiliki kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes.

Produk coklat lainya juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa "fondant" (biasanya digunakan untuk mendekorasi kue) dan "praline". "Fondant" sebenarnya mengandungi 100% pemanis dan "praline" juga sama kesan negatifnya.

sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandugan gula yang sedikit agar anda menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. 



Tonton cara menghasilkan coklat:


No comments:

Post a Comment