Monday 14 September 2015

Berubah ke Arah yang Lebih Baik

Assalamualaikum wbt...



Hampir setiap malam sebelum tidur otak aku ligat berfikir bagaimana cara untuk menjadikan kehidupan ini supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sekarang ni memanglah aku "single" dan pendapatan pun cukup-cukup makan saja tapi kalau dah berumahtangga (mempunyai isteri) lagi banyak bebanan yang bakal  ditanggung. Jadi, cukupkah dengan pendapatan yang tidak seberapa tu menyara hidup anak orang pula. Dah tentu tak cukupkan. Kehidupan yang bagaimana kita impikan setelah kita kahwin nanti?



Kalau ditanya kepada aku sendiri apa yang aku nak?  Aku akan jawab nak rumah yang besar, kereta berjenama, tanah yang banyak dan luas, ladang penternakan dan dah tentulah aku nak 'travel' sana sini (tak kisahlah dalam ke luar negara ke yang penting dapat berjalan-jalan) jauh perjalanan luas pemandangan sambil-sambil tu bolehlah menenangkan fikiran yang selalu kacau-bilau ni. Walaupun agak 'over' jawapan aku tu. Tetapi hakikatnya siapa tak nak hidup senangkan lagi-lagi jika sudah berumah-tangga dan mempunyai anak.



Kita sebagai hamba Allah yang terpilih sebagai khalifah di muka bumi ini dikurniakan akal untuk berfikir, dengan akal inilah menjadikan kita lain dari hamba Allah yang lain. Dari situlah kita menentukan darjat dan kesenangan hidup yang bakal diperolehi. Ianya bergantung kepada diri kita bagaimana hendak menggunakan dengan sebaiknya anugerah yang tidak ternilai itu.



Dalam kes aku ni pula, aku masih terkapai-kapai mencari  jalan bagaimana hendak merubah hidup kearah yang lebih baik. Meski pun aku sudah nampak jalan di depan mata namun aku masih dalam mimpi dan tengah berusaha untuk bangun. Itulah gambaran yang dapat aku jelaskan situasi aku sekarang ni. Namun aku yakin bahawa rezeki sudah ditentukan Allah swt cuma lambat atau cepat saja. Tetapi itu bukanlah penghalang aku untuk terus berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai..



Nukilanku,

No comments:

Post a Comment