Takbir Aidilfitri dan AidilAdha:
,اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
,لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
,اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
,اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ
,اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
,لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
,لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ
,لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
.اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
SUMBER: http://3.bp.blogspot.com/ |
Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha 2015 yang jatuh pada 24 september 2015 bersamaan 10 Zulhjjrah 1436 ringan pula jejari aku menaip kat 'keyboard' tu tentang peristiwa Hari Raya Aidiladha/ Raya Korban/Raya Haji. Dengan izin Allah swt dan tuan punya blog (tuan punya artikel) aku harap artikel yang aku kongsikan ini boleh menambahkan lagi pengetahuan korang tentang peristiwa bersejarah ini. Bersama-samalah kita mengimbas kembali dan berfikir tentang pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di jalan Allah swt. Semoga bermanfaat.
Asal-Usul
Aidiladha
Pada suatu
hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim
menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi
Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka
berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin
mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu,
wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada
bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia
merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah
persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail
untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai
kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada
yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu
menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan
dibunuhnya.”
Walau apapun
tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya
Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku
fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam
keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah
tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian
Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam
mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan
pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi
Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan
membuka penutup matanya.
Tetapi
alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya
melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun
berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga
dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa
ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan
Hari Raya
Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan
perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut
pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap
tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan
solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan
diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau
12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha
adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan
ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu,
salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada
hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi
bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud
menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya
Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah
Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari
raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling
bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat
Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan
diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu,
salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada
hari ke-13 Zulhijah.
Selepas
bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri
yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya
Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung
Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat
Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim
untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas
sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan
orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu
yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan
menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama
mereka.
Hari Raya
Aidiladha Dalam Hadis
Berdasarkan
kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a,
yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang
sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah
yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada
zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT
telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi
kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan
an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan
kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada
hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan
itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya.
Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh
ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban
yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan
sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan
Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha
akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan
tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu
mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,
maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan
sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan
daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu
Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada
azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya
Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara
tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir
bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya
Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat
atau apa-apa pun.
Sumber: KLIK SINI
No comments:
Post a Comment